Syasya Cengeng '
Bonjours!
Welcome here

Behind you booooooooooo .
Follow me . I will follow you back :P







Tagboard
Please be nice here


Credits
Thanks to them

Template by : Nurul Aini
Edit by : Liyana Izzati
Helper : Google|Adobe |Favim
Twenty Eleven TwoThousandThirteen

Assalamualaikum and morning :)) Syukran Ya Allah kerana engkau memberi aku peluang untuk terus berdakwah kepadamu. Alhamdullilah masih lagi boleh bernafas dan diberi kesihatan yang baik. Terima kasih Ya Allah :')) So, entry kali  nak share pasal mimpi. Mungkin mimpi ini bermakna buat aku.

Sebelum ni memang aku jahat and banyak sangat dosa yang aku buat kat muka bumi ni. Tinggalkan solat, tak pakai tudung, berdendam, jahat, sombong, melawan cakap cikgu and parents. Berpegang tangan dengan yang bukan muhrim kita.Yes aku mengaku semua tu! Selalu ada niat nak masuk pub. Banyak sangat niat yang tak elok aku nak buat. Senang cerita orang kata aku ni Nama je dalam Islam tapi diri tu kosong tentang islam. Bila orang cakap camtu muka terus kerek habis buat bodoh jelah apa orang nak cakap.

Solat? Lama ah jugak aku tinggalkan solat. Solat tu kan wajib dan berdosa ditinggalkan but aku abai apa yang ustazah ajar. 15 tahun aku hidup full solat dulu sampai awal tingkatan 1 je lepastu aku jarang gila solat. Kalau ada probs je aku solat. Sangat sangat aku mengaku semua tu. Aku manusia yang lalai. Lalai dalam bab agama. Hanyut dengan melakukan dosa. Diri ni kosong tentang islam. Terus leka terus hanyut terus melakukan dosa setiap saat.

Ayah tetiba je kejut aku suruh solat subuh. Then, aku pun berus gigi je. Air wudhuk pun aku tak amik. Ayah selalu solat kat luar bilik aku so ayah habis solat aku baru keluar bilik air dan terus sambung tidur sampai matahari terbit. Then, aku mimpi. Mimpi sampai tersedu sedu aku menangis. Ok aku mimpi........pasal kiamat. I swear, aku tak buat cerita. Dalam hal macam ni aku tak sanggup nak menipu wey. So nak percaya atau tak suka hati korang.

Sebelum tu aku mimpi ada mama, ayah, adik dan aku. Mama dan ayah dah lama berpisah so aku rasa waktu tu adalah yang paling terbaik. Happy gila tetiba kitaorang rasa ada gegeran berlaku. Mama, ayah, aku dan adik terus berpeluk. Menangis sedih semuanya ada. Mungkin dunia ini akan tamat dan semuanya akan berakhir. Semua orang melarikan diri. Aku nampak nenek aku. Terus aku tarik tangan dia. Act, aku banyak sangat salah dekat nenek aku. Aku minta maaf tapi dia just diam. Then, aku pegang erat tangan mama. Mama dengan aku jarang jumpa so aku rasa belum cukup untuk aku bermanja dengan mama. Then, mama ayah dan adik ditarik. Aku sempat dengar ayah cakap kita jumpa dan hidup bahagia disyurga nanti. Terus ayah, mama dan adik hilang. Memang aku menangis tanpa henti. Lepas tu aku terus tarik tangan nenek aku. Lari. Tapi nak lari mana. Semua manusia tak boleh lari. Aku cuma nangis nangis nangis dan ingatkan dosa yang lepas. Dosa aku terhadap Allah. Dosa aku terhadap ibu bapa. Aku selalu marah mama dan ayah. Tipu ayah. Dendam dengan adik. Marahkan nenek aku. Dosa aku kat cikgu. Melawan cakap cikgu. Kutuk cikgu. Semuanya aku teringat balik. Lagi lagi dosa aku tinggalkan solat. Lama aku tinggalkan solat. Yang biasa aku buat pun maghrib je. Ya Allah. Time tu aku minta maaf dan bersujud tetiba ada orang cakap dah terlambat. Aku sedih dan terus nangis lagi. Nenek aku hilang. Entah macam mana aku sedar aku diikat gantung. Badan aku panas sangat. Tangan dan kaki aku diikat. Rambut aku ditarik dan dibakar. Menggelegak otak aku. Lepas tu, solat. Aku nak baca alquran tapi aku gagap. Aku nak solat tapi aku lupa tahiyat akhir. Aku terus menangis dan hukuman meninggalkan solat pun datang. Itu aku taknak bagitahu sebab aku sendiri trauma. Aku menangis dan aku teringat apa yang dicakap ayah nanti kita jumpa dekat syurga. Aku terus bangun. Didialam sedar air mata aku terus meleleh. Berderai air mata aku. Terkejut dan aku terus terdiam. Aku terus amik phone text dyn. Aku bagitahu semuanya. Terkejut gak bila dyn cakap Lepas ni jangan tinggalkan dan dekatkan diri pada Allah. Sebenarnya panjang lagi tapi yang ni buat aku sentap sikit. Aku bagitahu dyn je time tu sebab dia selalu bagi aku cerama free kaw kaw punya. Hehehehehe. Time tu nak dekat zohor aku terus bangun, mandi dan amik wudhuk. Fuhh aku ingat lagi cemana nak amik wuduk. Then, solat zohor. So solat jelah macam biasa itupun dok ikut buku panduan solat.

Selesai solat aku on twitter tetiba ada orang tweet Sayang ayah solat. Saya mak tutup aurat. Scroll lagi ada orang tweet Nak buka pintu ada kunci. Nak buka pintu syurga kunci dia simple, solat. 2-4-4-3-4. Oh okayyy aku faham. Then ada orang tweet lagi Nanti dekat akhirat Allah tanya apa yang kita tweet. Terus aku scroll tweet aku yang lepas. Memaki hamun orang. Ya Allah. Aku terus delete semua tweet tweet yang tak baik tu. So, aku lebih banyak berdiam kat twitter. Hehehehe.

So sekarang ni mulakan azam yang baru. Solat jangan pernah tinggal. Sayang parents. Tutup aurat. And, alhamdullilah full of hijab.Tudung labuh sikit,  baju tak ketat tak longgar. Kalau dulu selalu saiz S sekarang saiz M pulak. InshaaAllah terus macam ni. Thanks Allah. Nak terus kekal hijab macam ni rasa indah pulak. Hehehe so sesiapa yang pernah aku buat salah mohon diampun dan sejuta kemaafan. Manusia mana yang tak pernah buat silap. So buang yang keruh ambil yang jernih. Assalamualaikum

Mungkin ini adalah hidayah Allah. Mungkin ini pengajaran untuk aku yang sering melakukan dosa. Allah tahu apa yang baik untuk hambanya. Masih perbaiki akhlak yang mana salah tolong tegur kay.


Thanks for reading. Please leave a comment.